Sejarah Wikipedia Bahasa Latvia

Wikipedia Bahasa Latvia dicipta bersama Wikipedia Bahasa Serbia, Kannada, Walloon, Wolof, dan Xhosa.[3] Rencana tertua adalah "Psihologija", yang diterbitkan pada 6 Jun 2003 dan dialihkan ke "Psiholoģija" (psikologi) pada 7 Disember 2004.[10] Laman utama ditambahkan empat bulan selepas terbitan rencana pertama, pada 6 Oktober 2003.[11]

Pertumbuhan awal edisi ini bergerak perlahan dan beberapa rencana mengenai aspek penting dalam budaya Latvia tiada pada mulanya.[2] Rencana mengenai Jāņi, misalnya, tidak ditulis sehinggalah pada Mac 2008.[12] Kadar pertumbuhan Wikipedia Bahasa Latvia mula menjadi stabil sejak 2006.[13]

Pada 30 September 2013, VisualEditor disediakan untuk pengguna yang masuk, dan pada 7 Oktober 2013, ia tersedia untuk semua pengguna di Wikipedia Bahasa Latvia.[14]

Wikipedia Bahasa Latvia berumur 10 tahun pada 6 Jun 2013. Logo peringatan telah dimuat naik untuk sambutan itu dan pesta kecil di kalangan "Wikiholics" masyarakat berlaku, seperti kebiasaan setiap kali pencapaian baharu dicapai.[15] Edisi ini melebihi 50,000 rencana pada 17 Ogos 2013.[4]

Nama dan logo

Pada 22 September 2004, logo "Wikipēdija" Bahasa Latvia pertama kali dimuat naik, dan pada 1 Jun 2005 nama itu ditukar menjadi "Vikipēdija".[16] Di media Latvia, kata-kata "Wikipedia" dan "Vikipēdija" digunakan secara bergantian untuk merujuk kedua-dua Wikipedia secara umum dan edisi Latvia secara khusus, tetapi "Vikipēdija" lebih biasa.[17][18]

Sebagai tindak balas kepada bencana keruntuhan bumbung pasar raya Zolitūde pada 21 November 2013, Wikipedia Bahasa Latvia seperti beberapa laman sesawang Latvia yang lain, mengubah logo selama tiga hari. Logo peringatan ini bewarna hitam dan mempunyai lilin disebelah kanan bawah.

Tonggak pencapaian

  • 2003-06-06 — 1 rencana
  • 2004-12-28 — 500 rencana
  • 2005-03-05 — 1,000 rencana
  • 2005-10-15 — 2,500 rencana
  • 2006-09-07 — 5,000 rencana
  • 2007-07-19 — 10,000 rencana
  • 2009-02-13 — 20,000 rencana
  • 2010-09-19 — 30,000 rencana
  • 2012-02-19 — 40,000 rencana
  • 2013-08-17 — 50,000 rencana
  • 2015-03-03 — 60,000 rencana
  • 2016-06-19 — 70,000 rencana
  • 2017-11-17 — 80,000 rencana
  • 2018-12-27 — 90,000 rencana
  • 2020-01-24 — 100,000 rencana

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia Bahasa Latvia http://www.kasnotiek.com/2012/07/vikipedijas-kriev... http://latviansonline.com/links/topic/C649/ http://www.delfi.lv/sievietem/relationships/dzive/... http://www.diena.lv/dienas-zurnali/sestdiena/latvi... http://nra.lv/latvija/96248-vikipedijas-latviesu-v... http://www.mediawiki.org/wiki/VisualEditor#Timelin... http://meta.wikimedia.org/wiki/List_of_Wikipedias#... http://meta.wikimedia.org/wiki/List_of_Wikipedias_... http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaGrowt... http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediansCon...